Tuesday, March 6, 2012

Kenapa Dengan Coklat??


Kehidupan sememangnya tak lari dari pancaroba. Bukanlah diertikan sebagai kehidupan kalau tak pernah merasai kenikmatan masalah. Sebenarnya masalah pun nikmat tau..Nikmat dan hikmah yang sebenarnya simbolik Allah masih sayangkan kita, Dia nak kita dekat dengan Dia..Yang kita sebenarnya masih ada Dia untuk mintak pertolongan. Kan Dialah yang Maha Pengasih Penyayang nak bagi kita semua yang terbaik. Tapi bukan bermakna kita perlu ingat di kala kesusahan sahaja, namun di kala kesenangan kebahagiaan pun wajib untuk kita mengingatiNya dengan rasa bersyukur atas segalanya yang telah dikurniakan olehNya. So once kita ingat Dia di kala kita kesenangan, maka Dia akan ingat kita di kala kita susah..Ohsem bukan?? Sangat nikmat kalau kita betul betul melaluinya dengan penuh sabar dan tabah. Yakinlah pada Allah.

Jadi pabila kita bermasalah, selain dengan cara taqorrub ila Allah (mendekatkan diri kpd Allah), tak salah kita cari inisiatif lain yang bila kita buat sesuatu itu boleh mengurangkan stress kita tadi, asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam la kan. Ok kita ambik contoh saya la, bila saya dalam kemurungan atau ada masalah atau stress atau yang seangkatan dengannya..saya pasti cari satu benda ni. Apa dia?...


coklat!


I addicted to coklat u know. Dan waktu yang paling paling saya nak coklat ialah bila sy berhadapan dengan tekanan. Tak kira lah stress sengan kerja yang berlambak-lambak ke..tension dengan orang sekeliling yang ada macam2 perangai ke..or pape lah.. So i go to the supermarket and buy as much as i want..HAHA! Tapi disebabkan UPM ni berkawan baik selain berjiran dengan kilang coklat Beryl's yang sedap lazat sehingga menjilat jari kelingking tu, maka i take advantage la kan..Lagi best kalau pegi time musim2 perayaan, konfem offer! So harga murah drp kat kedai..weeehhuu! Maka i akan shopping coklat mcm shopping baju dah time tu..Err i mmg lupa diri sikit bila nampak banyak2 coklat depan mata..tehee :D

Oh ok suka sangat meleret sampai sungai Nil..motip kann...hurmm..ha so macam tulah. Sebab i rasa coklat boleh hilangkan sedikit sebanya stress kan..Lepas makan tu rasa mcm nyaman jak..kui3. Okbai~



0 Comments:

Post a Comment