Sunday, February 12, 2012

7 Kunci Kejayaan- Part 1

Kenapa mesti ada Part 1? Sebab nanti ada Part 2..haha boleh tak macam tu? hik3..


Ok2, nantikan entri ''7 Kunci Kejayaan- Part 2'' ok comelsss sekelian.. ;)

Ok, kita ni kalau nak buat sesuatu tu mesti nak bagus je kan? Dalam erti kata lain, mesti nak dapatkan hasil yang  baik, berjaya! Tapi sebelum tu kita sendiri kene tahu dulu tips2 untuk berjaya ni. Kalau buat macam mana pun tp salah cara, maka tak jadi jugak..So selain kita taqarrub (mendekatkan) diri kpd Yang Maha Pemberi Rezeki, kita juga perlu ada cara atau skill untuk mencapai kejayaan.

7 Kunci Kejayaan yang dimaksudkan ialah:

  1. Orang yang berjaya berani mengambil risiko
Kalau kita masih takut nak cuba sesuatu dan takut nak terima risiko, maka sampai bilabila pun kita takkan pernah merasa mencuba, dan seterusnya takkan pernah rasa nikmat sepanjang menuju ke arah kejayaan. That's it. Kita kene ade target untuk direalisasikan, maka barulah segala kepincangan yang dilalui dapat dihadapi dengan kuat kan.


     2. Orang yang berjaya, dia percaya pada diri sendiri

Kalau kita tak percaya pada diri kita sendiri (selain Allah ta'ala), kita nak percaya kat sape? Takkan nak percaya cakap-cakap luar yang biasanya ade unsur2 negatif? Kita yang menghadapi situasi maka kitalah yang perlu bertindak, dan kita jugalah sebenarnya yang tahu apekah kita mampu ataupun tidak. Ya, kita semua ni mampu sebenarnya cuma yakin atau tidak sahaja. So just try it if something itu akan memberikan impak yang besar dalam hidup anda. TRUST YOURSELF!!


    3. Orang yang berjaya menikmati apa yang mereka lakukan

Selagi sesuatu yang dilakukan itu dirasakan akan memberi impak yang besar dalam hidup, maka just do it with passion. Macam saya, saya mmg cukup teruja dan happy buat bizz Premium Beautiful ni. 


   4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup

Yahh ini yang paling penting!! Orang yang berjaya memang sentiasa belajar. Belajar dengan sifu, belajar dengan pengalaman orang lain atau diri sendiri dan macam-macam lagi lah. Kita jangan jadi sombong ye kengkawan. Sebab sebenarnya semakin banyak ilmu yang kita tuntut, sebenarnya semakin ilmu tu masih tak mencukupi bagi kita. Nabi SAW pun ada bersabda ''menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam''. Dan nak amek ilmu ni mestilah kene ade gurunya.


   5. Orang yang berjaya, dia sentiasa positif dengan apa yang mereka lakukan

Dalam menuju ke arah kejayaan yang nun jauh di hadapan tu, mesti ada liku-likunya. Allah sengaja nak uji kita sama ada kita ni dah cukup bersabar ataupun belum. Ini jugak menunjukkan Allah sayang akan kita, sebab apa?? Sebab dia nak kita selalu ingat kat Dia. Mintak kat Dia, insyaAllah. Dia Maha Kaya, Dia Maha Pemurah. 


  6. Orang yang berjaya, dia mempunyai banyak cara untuk memotivasikan diri sendiri

Yang ini, terpulang kpd masing-masing punya cara macam mana nak motivate diri sendiri. Let say ''kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh pulak?'' ke kan..So it's depend on you bebeh bebeh sekalian. Cuma jangan lah memotivasikan terhadap benda2 yang negatif, misalnya ''aku kene jadi kaya raya sebab nanti bila dah beli kereta Ferrari, boleh aku menunjuk2 kat sipolan sipolan'' ----> haa yang semacam ini tak nak ye. Ini dah boleh dapat dosa free je kalau betul anda kotakan. Riak.


   7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas

Mereka takkan buat kerja separuh jalan. Apa yang ditargetnya, maka dia akan pastikan target tersebut tercapai.


Oleh itu, cuba kita nilai diri kita.. apakah dalam mencapai target, kita sudah terapkan tips2 di atas? Kalau lengkap kesemuanya maka insyaallah kejayaanlah akhirnya. Tapi kalau belum, maka jom setting balik okey peeps!! 

Sekadar perkongsian ilmu, yang juga telah dicedok, diolah, dan seterusnya dikongsikan kat sini pula..

**Credit to Isu Hangat atas info yang sangat berguna ini..dan telah saya kongsikan jua dalam blog ni..Moga dapat dimanfaatkan bersama..Syukran awi~



0 Comments:

Post a Comment